Semangat Kedah Lain Macam Untuk ke Korea

ALOR SETAR: Nyanyian ‘Kedah Pantang Kalah’ dan ‘Berjuang Sejiwa Murni’ bakal mengiringi skuad Kedah untuk memburv kemenangan dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL) bertemu FC Seoul di Stadium Seoul World Cup 28 Januari ini.

Kemenangan Kedah pada saingan peringkat kedua mene waskan Tai Po FC 5-1 selasa lalu membangkitkan lagi semangat Kedah dalam misi bersaing untuk merebut tempat bersama 24 lagi pasukan yang sudah mengesahkan tempat dalam lapan kumpulan ACL musim ini.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Asmirul Anuar Aris di laman Facebook hari ini meluahkan rasa bangga dengan pencapaian skuad Lang Merah yang layak ke peringkat ketiga seterusnya berdepan FC Seoul untuk layak ke peringkat kumpulan.

“Laungan ‘Kedah P@ntang Kalah’ akan menimbulkan keyakinan buat pasukan kita dan tentunya slogan ‘Berjuang Sejiwa Murni’ juga akan membuatkan kita berjuang bersungguh-sungguh untuk menggangkat nama skuad jelapang padi.

“Ketika menang kami gembira, ketika kalah kami setia..” itu kata-kata keramat penyokong Kedah sejak zaman berzaman. Siapalah yang tidak bangga apabila pasukan dikasihi mencapai kemenangan. Begitu juga kami.”Bangga..gembira..suka dan duka adalah lumrah kehidupan. Pun begitu saya tidak dapat menyembunyikan perasan hati, resah menanti sepak mula bakal beraksi menentang Seoul FC pada 28 Januari 2020 di Korea Selatan.

“Hanya selangkah lagi untuk Kedah berada di dalam kelompok pasukan terbaik di Asia dan jika menang pada malam tersebut, kita akan bermain dalam kumpulan,” katanya.