Selesai cara baik

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) berusaha mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan isu kepulangan tonggak Sporting Kansas City, Wan Kuzain Wan Kamal yang berhasrat beraksi di temasya Sukan SEA Filipina bersama skuad bawah 22 (B-22) tahun negara.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam berkata, perbincangan antara pihak Kuzain dan pengurusan badan induk bola sepak tempatan itu giat berjalan ketika tempoh pendaftaran pemain hanya berbaki 15 hari lagi.

Jelas Stuart, beliau yakin masalah untuk mendapatkan pasport negara ini mampu diselesaikan sebelum pengendali B-22 negara, Datuk Ong Kim Swee menamakan skuad terakhir ke temasya dwitahunan itu.

Sedang dalam perbincangan dan masih berlangsung, di mana perbincangan kini dalam peringkat untuk mempercepatkan dan nak pastikan proses itu (mendapatkan pasport Malaysia) berjalan dengan betul.

“Itu semua di tangan jurulatih (Kim Swee) dan jabatan-jabatan tertentu yang bertungkvs lvmus bagi memastikan semuanya baik,” katanya.

Tambah Stuart lagi, halangan terbesar yang mungkin berlaku adalah dari segi kelulusan dokum3ntasi di bahagian pihak berkuasa yang memakan sedikit masa.

“Kalau dia balik memang sempat (sertai pasukan ke Sukan SEA), cuma pelaksanaan dokum3ntasi yang diperlukan Kuzain memerlukan masa, itu saja. Bukannya benda itu (pasport) dia pulang ke Malaysia hari ini dan esok terus dapat. Tapi macam saya katakan tadi, kami masih berusaha dan jurulatih sentiasa berhubung dengannya bagi mencari jalan penyelesaian,” ujarnya.

Sebelum ini, menerusi laporan Arena Metro, mas@lah pasport tamat tempoh mungkin meragvt impian penyokong bola sepak tempatan untuk melihat kelibat bintang dari Amerika Syarikat itu beraksi bersama skuad negara buat kali pertama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *