Selangor Terasa Kehilangan Wan Zack Haikal

Kecede raan yang dialami oleh pemain sayap Selangor, Wan Zack Haikal Wan Nor ketika aksi pra-musim Piala Cabaran Asia 2020 menen tang Bangkok United beberapa hari lalu, meresahkan penyokong pasukan itu sudah sedia kehilangan khidmat Norhakim Hassan manakala Rufino Segovia belum pulih sepenuhnya, justeru mereka tidak mahu malape taka baru pula menimpa apatah lagi Wan Zack sebelum ini telahpun tersisih sepanjang musim 2019 kerana merawat kece deraan Anterior Cruciate Ligament.

Begitupun, pengurus pasukan Mahfizul Rasydin pantas menenangkan keadaan dengan menjelaskan bahawa kece deraan dialami bekas pemain kebangsaan itu tidaklah serius.

“Dia mengalami kecede raan paha tetapi tiada apa untuk dibimbangkan, ia cuma kecede raan kecil dan akan pulih dalam tempoh satu atau dua minggu. Dia menjalani sesi pemulihan, mungkin pada hujung bulan sudah akan kembali menyertai latihan,” kata Mahfizul kepada Stadium Astro.

Sebagai rekod Wan Zack menyertai Selangor pada 2019 setelah membuat keputusan meninggalkan Felda United, begitupun dia mengalami kecede raan ACL ketika perlawnan pra-musim menentang Home United dan tidak sempat bermain satu pun perlawnan kompetitif dalam jersi merah kuning.

Ia adalah kali kedua pemain yang pernah dinobatkan Pemain Muda Terbaik Liga Malaysia 2011 mengalami kecede raan tersebut selepas kali pertama pada 2013 ketika dia bersama kelab Jepun, FC Ryukyu.

Dia pulang ke Malaysia untuk pemulihan dan menyertai Kelantan selama tiga musim, sebelum berhijrah ke Felda United pada 2017.

Pada bulan lalu, Wan Zack memberitahu Foxsports dia menjadikan pemain tengah Harimau Malaya yang kini merupakan rakan sepasukannya Brendan Gan serta pemain Kedah, Zaquan Adha Abd Radzak yang pernah mengalami ACL lebih daripada sekali sebagai inspirasi kebangkitan dan mensasarkan 2020 yang gemilang.

Foto : NSTP