Selangor Sudah Ada Penganti B.Satianathan

Setelah menamatkan k0ntrak ketua jurulatih pasukan, B.Satianathan berkuatkuasa serta-merta, Persatuan Bola Sepak Selangor melantik Pengarah Teknikal kelab, Michael Feichtenbeiner sebagai pengendali sementara sehingga jurulatih baharu dilantik.

Perkara ini diumumkan oleh FAS di media sosial rasmi pasukan pada hari ini seiring dengan pengumuman mengenai penamatan kontrak B.Satianathan selepas pasukan Selangor menampilkan @ksi kurang memberangsangkan ketika tew@s besar di tangan Johor Darul Ta’zim Sabtu lalu.

Selain menjawat jawatan sebagai Pegarah Teknikal, Michael Feichtenbeiner juga diberikan tugas sebagai ketua jurulatih bagi skuad Selangor 2 yang beraksi dalam saingan Liga Perdana.

Di bawah bimbingan beliau, ada beberapa pemain muda yang muncul dan mempunyai p0tensi untuk menjadi pemain terbaik Selangor antaranya penyrang, Danial Asri yang telah menjaringkan 5 gol dalam saingan Liga Perdana setakat ini.

Michael akan membimbing Selangor bagi menghadapi baki tiga perlawnan Liga Super dan berkemungkinan besar penglibatan Selangor dalam saingan Piala Malaysia musim ini.

sumber:Vocketfc