Selangor mungkin dapat pengurangan bayaran pampasan akibat pembatalan Kejohanan Meizhou Hakka Cup

Baru-baru ini, Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Dr Johan Kamal Hamidon mendedahkan pihaknya terpaksa membayar pampasan sebanyak RM300,000 kepada penganjur Kejohanan Meizhou Hakka Cup setelah membuat keputusan untuk menarik diri.

Keputusan itu dibuat berikutan penu1aran wa bak virvs cor0na di China yang boleh menga ncam tahap kesihatan para pemain dan pegawai pasukan.

Bagaimanapun, pihak penganjur membuat keputusan untuk membatalkan kejohanan tersebut selepas mengambil kira perintah daripada kerajaan China yang me1arang rakyatnya keluar rumah dan menutup beberapa bandar besar.

Namun menjadi persoalan dalam kalangan peminat Selangor sama ada gergasi merah perlu membayar jumlah pampasan atau tidak. Mengulas mengenai isv tersebut, Dr Johan menjelaskan mereka mungkin akan diberi diskaun oleh pihak penganjur tetapi belum diketahui jumlahnya.

“Kejohanan itu memang batal, tapi mereka kata kena bayar. Cuma kita belum dimaklumkan berapa yang perlu dibayar dan mungkin ada pengurangan.

“Mungkin jumlahnya dikurangkan 50 peratus, tapi ia masih dalam rundingan. Jika dapat dikurangkan sudah pasti akan melegakan pihak kami,” katanya kepada Berita Harian.

FOTO: FA Selangor

Selepas pembatalan kejohanan tersebut, Selangor tidak ada perancangan untuk ke luar negara kerana ia memerlukan perbelanjaan yang besar.

“Bajet kita sudah berubah kerana perlu membayar pampasan kepada penganjur dan buat masa ini kita tiada perancangan untuk ke luar negara kecuali ada jemputan lain yang tidak memerlukan perbelanjaan besar,” tambahnya.

Wa bak kor0navirus sehingga kini telah mengakibatkan lebih 56 kemat1an di China sementara 2,000 orang di seluruh dunia turut dijangk1ti.

Penu1aran wabak berkenaan dilaporkan bermula di sebuah pasar di Wuhan iaitu sebuah wilayah di China yang dikesan menjual haiwan liar secara ha ram

Sumber : vocketfc