Selangor Ikat Pemain Kelahiran Manchester,England

Laman facebook rasmi Selangor FA hari ini mengumumkan kemasukan pemain kelahiran Manchester, England, Nicholas Ryan Swirad sebagai pemain baharu bagi memperkuatkan b3nteng pert@hanan Red G!ants musim depan.

Berda rah kacukan Inggeris-Melayu itu juga merupakan bekas pemain PKNS FC dan Melaka United.

Karier bolasepak pr0fessional beliau bermula pada 4 tahun yang lalu bersama pasukan Northern R@ngers selepas 8 tahun bermain di non-league football di tempat kelahirannya.

Bersama Northern Rangers, Swirad berjaya mencatat 13 penampilan dan menjaringkan dua gol. Beliau kemudiannya mula berhijrah ke Malaysia selepas ditawarkan untuk bermain bersama pasukan Johor Darul Takzim II pada tahun 2016. Pada tahun 2018, Nick dilamar oleh pasukan Melaka United sebelum berhijrah ke PKNS FC musim ini.

“Bermain di bahagian pert@hanan tengah, sudah pasti Swirad mampu untuk membantu kualiti bahagian pertahanan bersama Taylor Regan dan Rodney Celvin bagi musim hadapan,” kata kenyataan daripada laman web FAS.

Sebelum ini, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah dipanggil menyertai kem skuad kebangsaan untuk menghadapi kejohanan empat negara, Piala AIRMARINE 2019 pada bulan April lalu.