Selangor II Tanpa Pemain Import

PKNS FC ataupun akan dikenali dengan nama Selangor II pada musim depan, bakal bersaing di Liga Premier 2020 tanpa khidmat pemain imp0rt.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) Dr Johan Kamal Hamidon berkata langkah itu memberi justifikasi tepat kepada maksud ‘feeder team’ itu sendiri, lantas dapat memberi peluang secukupnya kepada pemain muda untuk mendapat pendedahan dan menimba pengalaman. Tambah Johan, pengalaman jurulatih dari Jerman, Michael Fecteinbeiner, yang terdahulu diumumkan sebagai

Pengarah Teknikal FAS akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk memastikan pembangunan pemain muda berlaku sepertimana diharapkan. “Michael (Fecteinbeiner) akan merangka program pembangunan pemain muda supaya pemain daripada Selangor II, skuad B-19 dan Piala Presiden bersedia untuk diserapkan ke dalam skuad utama. Selepas dua tahun, kita akan dapat lihat satu sistem yang digunakan pasukan Selangor daripada peringkat paling rendah hingga ke peringkat senior. “Itulah yang kami mahu ciptakan. Ia mungkin memakan masa tetapi kami yakin ia merupakan jalan yang tepat dan dia (Michael)

merupakan individu yang tepat untuk (kami) mencapai sasaran itu,” katanya. Sebagai rekod, musim 2020 bakal menyaksikan empat ‘feeder team’ ber@ksi di Liga Premier iaitu Johor Darul Takzim II, Terengganu FC II, Perak II serta Selangor II sendiri. Belum ada sebarang perkembangan terbaru mengenai pemain imp0rt yang akan memperkuatkan JDT II dan Perak II, namun TFC II sudahpun melengkapkan ku0ta empat pemain imp0rt yang dibenarkan dalam Liga Premier iaitu dengan mengekalkan Bruno Suzuki dan Dechi Marcel serta membawa masuk Jordan Mintah dan Argzim Redzovic.

Sumber : foxsports