Selangor FA Paksa Bayar Pampasan Kepada Penganjur Di China

Selepas meneliti pelbagai aspek dan mengambil kira nasihat daripada pelbagai sumber, pengurusan FA Selangor membuat keputusan untuk tidak menyertai kejohanan pramusim di China yang dijadualkan berlangsung pada 24-28 Januari 2020 ini.

Akibat menarik diri pada saat akhir dari pertandingan Piala Meizhou Hakka, Stadium Astro semalam melaporkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) perlu membayar pampasan berjumlah RM300,000 kepada pihak penganjur.

Wabak coronavirus adalah punca utama keputusan ini diambil bagi mengutamakan keselamatan para pemain dan pegawai pasukan serta mengelakkan daripada v!rus tersebut tersebar kepada keluarga serta seluruh rakyat di Malaysia.

FA Selangor memohon maaf kepada penganjur kejohanan ini iaitu Meizhou Hakka FC, dan akan berusaha dengan sedaya upaya kami untuk menyelesaikan perkara ini dengan sebaik mungkin.

RM300,000 mungkin jumlah yang telah mereka telah belanjakan daripada segi penerbangan dan semua kemudahan. Tiket juga telah jual. Kesan memang agak besar terhadap kewangan kami tetapi kebajikan pemain paling utama,” kata Setiausaha Agung FAS, Dr. Johan Kamal Hamidon.

Sumber:semuanyabola & selangorfa