Selamat Tinggal Kedah

N.Thanabalan tidak mengharungi perjalanan karier yang baik bersama Kedah musim lalu.

Bagi musim baru dia kekal bersama Kedah, tetapi apa yang boleh diharapkan olehnya apabila pasukan itu sudah sedia mempunyai sangat ramai pemain di posisi s3ran gan.

Nak pulih sentuhan, kena dapat minit bermain. Maka, untuk itu, dia telah dipinjamkan ke Perak II yang akan bermain di Liga Premier.

Menariknya jika dia perform, yang untung adalah Perak kerana boleh menyerapnya bila-bila masa ke skuad Liga Super.

Semoga Thanabalan dapat mengembalikan semula sentuhan jaringannya bersama Perak II.