Selamat Tinggal JDT @ Malaysia

Bintang Johor Darul Ta’zim , Safawi Rasid bakal berlepas ke Portugal malam ini bagi menyertai Liga Premier bersama kelab Portimonense SC.

Safawi yang baru saja membantu skuad H@rimau Selatan menjuarai Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut malam tadi akan terus ke Kuala Lumpur bagi menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang.

Dengan perkhabaran ini, Safawi akan muncul pemain kedua negara yang beraksi di liga utama Eropah selepas penyrang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium Ogos lalu.

Saingan Premier yang sudah bermula pada 19 September lalu menyaksikan Portimonense SC kini menghuni tangga ke-15 daripada 18 pasukan dengan menghimpun satu mata daripada dua @ksi setakat ini.Kehadiran Safawi sememangnya ditagih bagi menajamkan jent3ra serangan kelab itu bagi membvrv kemenangan pertama musim ini.

sumber:HM

Untuk rekod, musim lalu Portimonense SC mengakhiri saingan musim lalu dengan berada di kedudukan ke-17 liga menerusi 33 mata selepas mengharungi 34 perlawnan dan pengurusnya adalah Antonio Folha.