Selamat Kembali Ghaddar

Bekas pemain Kelantan, Felda United dan Johor Darul Tazim (JDT), Mohammed Ghaddar kini dilaporkan sudah kembali ke pangkuan kelab asalnya di Lebanon selepas 11 tahun berkelana diluar negara.

Nama Ghaddar akan sentiasa melekat dalam j!wa penyokong Kelantan terutamanya apabila pemain itu berjaya meningg@lkan satu impak hebat dalam sejarah bola sepak negeri itu ketika dibawa ke Kota Bharu pada hujung musim 2011.

Beliau adalah salah seorang dari pemain Kelantan yang berjaya mencipta sejarah skuad The Red Warriors mengg0ndol kejuaraan treble pada musim 2012.

Menurut satu kemaskini dari akaun Twitter FA Lebanon, Mohammed Ghaddar kini kembali ke Nejmeh SC iaitu kelab dimana beliau memulakan karier bola sepaknya.

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan, Ghaddar keluar dari kelab Nejmeh SC ketika berusia 25 tahun dan kini selepas 11 tahun beraksi dengan pelbagai pasukan dari beberapa negara, beliau kembali ke tempat asalnya.