Selamat Datang Tiga Pemain Ceres-Negros Ke Pasukan Liga Malaysia

Salah satu kelab gergasi Filipina, Ceres-Negros mengejutkan scene bola sepak Asia Tenggara apabila mereka menghadapi krisis kewangan yang serius sehingga menyebabkan kelab tersebut menarik diri dari saingan Liga Filipina musim ini.

Situasi yang tidak jelas ketika ini membuatkan pemain Ceres tiada pilihan selain berhijrah bagi meneruskan karier bola sepak mereka. Di sini, kami senaraikan tiga pemain Ceres yang boleh ditandatangani oleh pasukan dalam sa!ngan Liga Malaysia.

Schröck dianggap salah satu pemain terbaik dan berpengalaman yang pernah beraksi bersama skuad kebangsaan Filipina. Beliau merupakan antara pemain paling berjaya dalam bola sepak Filipina dimana Schröck memenangi tiga kejuaraan divisyen pertama dan beliau juga pernah memenangi 2. Bundesliga ketika beraksi bersama Greuther Fürth pada 2011-2012.

Marañón mula beraksi bersama Ceres sejak 2015 dan sejak itu bekas pemain Cadiz ini menjadi watak utama di bahagian ser@ngan pasukan. Marañón memenangi anugerah Penjaring Terbanyak dalam saingan Piala AFC musim lalu dimana beliau menjaringkan 10 gol.

Sama seperti Schröck, Ott merupakan salah satu pemain berpengalaman dalam skuad The Azkals. Pemain berusia 28 tahun ini sudah beraksi bersama Ceres sejak 2014 dan beliau pernah memenangi gelaran Philippines Football League sebanyak dua kali (2017,2018).

sumber:Vocketfc