Selamat Datang Ke Terenganu Kite

Mohamad Faisal Abdul Halim dan Muhamad Arif Mohamed Anwar dilaporkan telah bersetuju untuk menyarung jersi Terengganu FC  bagi menghadapi kempen Liga Malaysia 2021.

Perkembangan tersebut berhubung masa depan kedua-dua pemain yang ber@ksi di jentera ser@ngan itu disahkan oleh media tempatan, MyMetro dalam satu laporan dikeluarkan sebentar tadi.

Menurut sumber tersebut, Faisal dan Arif akan memeterai kontrak bersama TFC selepas kontrak mereka dengan pasukan musim 2020 tamat.

Faisal Halim yang merupakan pemain skuad bawah 23 tahun kebangsaan sebelum ini ber@ksi selama empat musim bersama Pahang manakala Arif Anwar pula merupakan penyrang skuad UiTM FC pada musim 2020.

Ya, saya akui dua penyrang itu sudah berada dalam senarai pemain TFC dalam mengharungi cabaran Liga M musim depan selain Piala AFC.Pemain itu pun sudah setuju untuk menyarung jersi pasukan, jadi selepas k0ntraknya berakhir dengan pasukan masing-masing, kita akan menandatangani kontrak mereka.

Kehadiran dua pemain meningkat naik itu bakal menambah ketaj@man di jentera ser@ ngan lebih-lebih lagi TFC bakal bersaing dalam pentas Piala AFC musim depan.

TFC dalam usaha untuk mempersiapkan pasukan yang lebih mantap bagi mengharungi musim baharu apabila akan turut bersaing dalam saingan Piala AFC 2021.

Skuad bimbingan Nafuzi Zain itu juga dilihat melakukan r0mbakan besar-besaran terhadap semua pemain import apabila tidak melanjutkan kontrak Sanjar Shaakhmedov, Babacar Diallo, Lee Tuck, Muhammad Faris Ramli dan Dominique Da Sylva.

sumber:semuanyabola