Selalu Dalam Ingatan Penyokong Kedah

Kisah kehebatan pemilik bernama Marlon Alex James ini selalu juga didendangkan. Tak dapat dinafikan kualiti beliau selaku pengempur paling berbisa dalam sejarah Liga Malaysia sukar dilupakan.Sedikit pembetulan, dalam artikel sebelum ini jaringan Marlon tidak dicampur sekali jaringan AFC Cup. Kesalahan tidak sengaja.Ok, berbalik ke topik asal, bagaimana ‘detail’ jaringan Marlon dilakukan atau dicapai?Kita kupas,

2004
Marlon datang berketepatan ‘peak’ seorang pemain bola sepak. Pada 2004, Marlon mula bertapak di Liga M pada usia 28 tahun bersama kelab MK Land.Marlon sudah mula memberi petanda bahwa beliau bukan sebarangan pemain ketika itu. Marlon memukau pada musim pertama di Liga Perdana. MK Land menamatkan musim ditangga ke-2 Liga Perdana (Kumpulan B).Masa ni Marlon vs Fuentes vs Arostegui di Liga Perdana.Ratio jaringan Marlon musim 2004,

Liga – 19 gol
Piala FA – 3 gol
Piala Malaysia – 3 gol

Jumlah – 25 gol

2005
Marlon masih kekal bersama MK Land. Kali ini Marlon berada satu kumpulan maut bersama Selangor dan Kedah ketika itu.Marlon vs Bambang waktu itu.Marlon menamatkan musim agak baik, cuma kurang 1 gol berbanding musim sebelum itu.Ratio jaringan Marlon musim 2005,

Liga – 22 gol
Piala FA – 0 gol
Piala Malaysia – 2 gol

Jumlah – 24 gol

2007
Selepas menyumbat 49 gol untuk MK Land, Kedah tidak teragak-agak membawa Marlon ke bumi Darulaman. Ini antara jasa terbesar pernah coach Azraai Khor Abdullah lakukan selain membimbing pasukan waktu itu.Dengan reputasi ‘proven’ beliau bawa, Marlon pantas menambat hati penyokong Kedah waktu itu.Ia ibarat ada Marlon, ada gol. Begitu teruja penyokong mahu ke Stadium waktu itu.Marlon menamatkan musim pertama beliau bersama Kedah dengan rekod luar biasa.40 gol dan lebih manis gol ke-40 dijaringkan pada akhir perlawanan akhir Piala Malaysia 2007.Ratio jaringan Marlon musim 2007,

Liga – 20 gol
Piala FA – 5 gol
Piala Malaysia – 15 gol

Jumlah – 40 gol

2008
Marlon dikekalkan oleh pengurusan. Ya sudah tentulah, dengan rekod beliau 40 gol musim sebelum itu.Marlon makin gila. Kerakusan didepan gol sukar dikawal. Adakalanya 3 gol, 4 gol malah 5 gol dalam 1 perlawnan. Dia mencapai tahap paling tinggi dalam karier musim itu.Marlon memenangi kasut emas pertama beliau di Liga Super, menewaskan seteru utama yang juga penyandang kasut emas musim sebelum itu, Keita Mandjou.Marlon menamatkan musim dengan 49 gol secara keseluruhan termasuk dalam saingan AFC Cup.Ratio jaringan Marlon musim 2008,

Liga – 23 gol
Piala FA – 9 gol
Piala Malaysia – 13 gol
Piala AFC – 4 gol

Jumlah – 49 gol

2012
Agak lama menyepi ekoran Liga M beraksi tanpa awang import, Marlon kembali ke bumi Malaysia musim 2012.ATM FA ketika itu melakukan transformasi besar-besaran dalam pasukan mereka. ATM membawa Marlon yang memiliki reputasi luar biasa.Pada usia 36 tahun siapa sangka Marlon masih kekal konsisten menjaringkan gol. Ada pasukan yang melabel Marlon terlalu ‘tua’ untuk diambil.Marlon membalas kritikan tersebut dengan merakam 33 gol untuk ATM FA.Marlon menikmati musim hebat pada umur 36 tahun, menjaringkan 4x hatrick. Menjaringkan 4 gol dalam 1 perlawnan ketika ATM menew@skan MB Johor Bahru (5-0) dan Perlis (7-0).Marlon juga membawa ATM menjuarai Liga dan ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2012 walaupun hanya bermain di Liga Perdana.Ratio jaringan Marlon musim 2012,

Liga – 21 gol
Piala FA – 0 gol
Piala Malaysia – 12 gol

Jumlah – 33 gol

2013
Marlon kembali ke kancah tertinggi Liga M pada usia 37 tahun. Ya, 37 tahun waktu itu. Tapi itu bukan masalah untuk Marlon. Umur hanyalah angka.Marlon menjadi pemain pertama memenangi kasut emas di Liga Super bersama 2 pasukan berbeza.Ratio jaringan Malron musim 2013,

Liga – 16 gol
Piala FA – 1 gol
Piala Malaysia – 9 gol

Jumlah – 26 gol

2014
Marlon awalnya dikekalkan untuk ATM namun malang tidak berbau buat beliau yang terpaksa diketepikan sehingga keseluruhan musim selepas mengalami kecede raan panjang.Aksi terakhir Marlon adalah pada 18-1-2014 ketika menewaskan Sarawak dengan jaringan 2-0. Marlon sempat menjaringkan 1 gol dan itu adalah gol ke-60 bersama kelab ATM FA.Marlon digantikan oleh Juan Manuel Arostegui selepas itu.Ratio jaringan Marlon musim 2014,

Liga – 1 gol
Piala FA – 0 gol
Piala Malaysia – 0 gol

Tiada pertikaian Marlon Alex James adalah pengempur paling berbisa pernah beraksi di Liga Malaysia.Marlon memenangi 7 trofi di Malaysia, 2 kasut emas selain penjaring terbanyak untuk edisi Piala Malaysia sebanyak 4 kali.Marlon juga pernah merekodkan 5 gol dalam 1 perlawnan, 4 gol dalam 1 perlawnan. Ini bukti beliau sangat konsisten depan gol.Untuk artikel sebelum ini, ’10 pengempur import paling berbisa di Liga M’ jumlah gol kurang sebab masa tu tak campur gol beliau dalam AFC Cup.

Total, 198 gol.

sumber:Don K-Rul IZham