Sekurangnya Balas whatsapp-Laszlo Repasi

Bekas pemain import Perak, Laszlo Repasi kecewa apabila hasratnya untuk mencadangkan beberapa pemain imp0rt berkualiti dari Hungary untuk dinilai oleh Persatuan B0lasep@k Perak (PAFA) tidak diendahkan persatuan itu.

Pemain yang menjadi t0nggak skuad Kejor Yop Kejor pada tahun 1997 dan 1998 itu berkata, dia telah menghubungi Presiden PAFA, Dato’ Seri Ahmad Faizal Azumu serta pengurus pasukan Datuk Adly Shah Ahmad Tah bagi menyatakan hasratnya tetapi kedua-duanya tidak memberikan maklumbalas.

“Saya telah menghubungi mereka secara peribadi melalui whatsapp dan menghubungi PAFA melalui pelbagai platform termasuk online, sebagai bekas pemain yang telah banyak menyumbang kepada pasukan ini, saya mengharapkan setidak-tidaknya akan mendapat jawapan daripada mereka, tetapi malangnya sehingga sekarang tiada sebarang jawapan.

“Saya berpendapat semua individu ini pada akhirnya perlu faham bahawa mereka bekerja untuk b0lasepak dan kelab, bukan sebaliknya. Sesebuah kelab itu tidak boleh berjaya jika ia dikawal oleh kuasa p0litik dan perasaan syok sendiri kerana lambat laun peny0kong akan bosan dan tidak lagi turun ke stadium memberi sok0ngan disebabkan anda!

“Kemudiannya anda akan kehilangan undi dan semua impian akan musnah,” tegasnya yang merupakan pemenang kasut emas Liga Perdana 1997 dengan 19 gol dalam 14 perlawanan.

Tambah Repasi lagi, “Saya berharap sesiapa pun tidak marah, jika saya cadangkan pemain Hungary ini ke kelab lain, mungkin mereka akan berikan maklum balas. Saya ucapkan selamat berjaya kepada anda.”

sumber :foxsports