Sejarah ,Pasukan Kelab Layak Ke Piala Malaysia 2020

Siapa sangka sebuah kelab yang dahulu ber@ksi dalam saingan amatur iaitu Liga Bola Sepak Rakyat kini mencipta sejarah baharu apabila layak ke kejohanan berprestij, Piala Malaysia buat kali pertama pada musim ini.

Kemenangan 2-1 Kuching City FC ke atas Johor Darul Ta’zim semalam mel0njakkan kedudukan pasukan itu ke tangga kelima Liga Premier 2020 dengan 13 mata sekaligus memastikan slot Piala Malaysia menjadi milik mereka.

Selain Kuching City, 4 lagi slot Piala Malaysia diberikan kepada juara Liga Premier 2020, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Kelantan dan Negeri Sembilan. Mereka akan menyertai 11 lagi pasukan Liga Super dan bakal diundi dalam 4 kumpulan.

Berdasarkan format pertandingan, pasukan berstatus ‘feeder club’ tidak layak ber@ksi dalam kejohanan Piala Malaysia.

Pada perlawnan semalam, Kuching City terlebih dahulu membuka akaun jaringan melalui sep@kan pen@lti yang disempurnakan oleh penyrang import Brazil, Bryan Jones Anicezio pada minit ke 23.

Penalti tersebut diberikan selepas pemain JDT II, Che Rashid didakwa mengasari salah seorang pemain tuan rumah. Keputusan 1-0 kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

sumber:vocketfc

Bagaimanapun, babak kedua menyaksikan JDT II kembali menyamakan kedudukan melalui rembatan bekas pemain import Kedah, Fernando Rodriguez dalam kotak penalti pada minit ke 54.

Namun, jaringan penyamaan tersebut nyata tidak mematahkan semangat pemain Kuching City FC untuk terus memburu jaringan kedua dalam keadaan hujan renyai.

Usaha mereka akhinya membuahkan hasil 4 minit kemudian apabila pemain import Jepun, Yuta Suzuki memanfaatkan hantaran cantik daripada Hudson Dias dengan melepaskan rembatan kencang dari luar kotak penalti menewaskan penjaga gol JDT II.

Tersentak dengan jaringan itu, JDT II cuba bangkit mengaturkan serangan tetapi barisan pertahanan Kuching City lebih berdisiplin mengekang kemaraan mereka sekaligus memastikan 3 mata penuh berada dalam genggaman.

Sebaik sahaja pengadil meniup wisel penamat perlawanan, beberapa pemain serta pegawai pasukan Kuching City FC terus bersorak meraikan kejayaan manis mereka mencipta sejarah baharu.