‘Sejak Awal Sesen Tak dapat’

KUALA LUMPUR: Jika pandemik COVID-19 menyebabkan pemain Liga Super dan Liga Perdana menjadi ‘korban’ sehingga terpaksa dipotong gaji, bagaimana pula dengan nasib pemain amatur dalam saingan Liga M3 dan Liga M4?Tidak dinafikan pasukan amatur turut terkena tempias dan walaupun saingan baru berlangsung dua perlawnan, COVID-19 tampak menyesakkan lagi ‘kantung’ pasukan sehingga menyebabkan senario tunggakan gaji berulang kembali.Sumber dari satu pasukan M3 mendedahkan impian mereka untuk mendapatkan gaji boleh dianggap ‘lebur’ selepas pandemik terbabit, menyebabkan penaja seakan berdepan kesukaran dalam melunaskan janji mereka untuk membayar gaji pemain dan barisan kejurulatihan.

Sebenarnya tunggakan gaji sejak dari awal liga lagi, namun sepanjang saya bersama pasukan, mereka tidak pernah membayar gaji dan tunggakan sudah memasuki tiga bulan bermula Januari, Februari dan Mac.Pengurusan menjelaskan mereka sedang berusaha mencari dana dan turut menunggu duit daripada penaja tetapi dengan situasi sekarang, kita terpaksa faham sekiranya penaja tidak mampu memenuhi komitmen mereka buat masa ini.Apa lagi yang boleh kami buat selain daripada sekadar menunggu. Lebih kasihan ada pemain yang bergantung harap kepada gaji ini semata-mata kerana tiada pekerjaan lain, jadi memang situasi ini memberi beban kepada mereka, katanya.

Dalam masa sama, sumber terbabit menjelaskan penangguhan liga yang berlangsung ketika ini susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) setidak tidaknya memberi sedikit kelegaan kepada mereka.Jika tiada perlawnan berlangsung, tiadalah kos yang perlu dikeluarkan untuk bergerak ke tempat perlawanan ataupun kos lain yang berkaitan.Tetapi saya mengharapkan pengurusan pun tidak memandang ringan !su tunggakan gaji yang perlu diselesaikan. Saya rasa sebahagian besar pasukan Liga M3 dan M4 pun berdepan masalah sama ketika ini, katanya.