Sedih ,Tidak Ada Orang Yang Nak

“JADI satu kesedihan dan kerugianlah kepada pasukan Kelantan sebab kita tahu nama Kelantan ini nama besar dalam bola sepak.Sepatutnya bertanding dalam Liga Super ataupun Liga Perdana. Ini dah jadi macam ini saya pun tak tahu nak kata apa sebabnya hutang terlalu banyak.” menurut legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha.

Hashim bagaimanapun percaya Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) boleh membantu dengan memansuhkan hutang itu demi menyelamatkan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) daripada terkubur rebah.

Kr!sis kewangan yang menghantui KAFA dengan hutang mencecah lebih RM5 juta termasuk perlu tunggakan gaji bekas pemain import yang kini di bawah pemerhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) nyata menyukarkan buat mana-mana pihak untuk menyelamatkan skuad The Red Warr!ors itu.

Menurut Hashim, peletakkan jawatan Presiden KAFA, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah adalah disebabkan ketiadaan sumber penaja untuk membantu pasukan itu.

Saya rasa tak ada orang nak jadi Presiden KAFA buat masa terdekat ini, ialah sebab bila dah pegang jawatan itu… hutang itu terlalu banyak, hutang yang lama-lama kecuali FAM atau MFL (Liga Bolasepak Malaysia) beri kel0nggaran.

Sesiapa pun yang jadi Presiden tak payah bayar hutang lama-lama, cuma teruskan saja tapi dengan bersyarat tak boleh berbelanja besar untuk tempoh yang lama. Dan mungkin boleh bayar sikit-sikit maknanya ada perjanjian.

Kalau terpaksa main dalam Liga M3 pun tak apa main saja. Kalau cara ini boleh adalah sikit cahaya. Macam contoh, takkan baru masuk kerja hari ini dah nak kena bayar hutang, katanya.

KAFA mengesahkan Wan Abdul Rahim atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Rahim meletakkan jawatan kelmarin selepas setahun mengemudi badan induk bola sepak negeri itu.Keputusan berkenaan diambil kerana mahu memberi ruang dan peluang kepada individu berkelayakan memimpin KAFA sekali gus mampu menyelesaikan segala masalah yang melanda ketika ini.

Jelas Hashim lagi yang juga pemenang Anugerah Kasut Emas Liga Malaysia selama dua tahun berturut-turut pada 1993 dan 1994 itu, beliau berharap KAFA tidak menerima nasib sama seperti Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) yang digantung oleh FIFA ekoran masalah tunggakan gaji.

Mungkin untuk k3s pemain tempatan FAM boleh bantu. Tapi untuk kes FIFA membabitkan pemain import, agak sukar. Kalau ikutkan gaji saya sebagai jurulatih Piala Presiden Kelantan tahun lepas lepas pun tak dapat lagi.

sumber:HM

Bagi saya yang penting adalah kita selamatkan KAFA kerana kalau KAFA dah tak ada, bola sepak di Kelantan boleh ‘m@ti’ dan pemain-pemain kelahiran Kelantan terpaksa keluar untuk bermain bola sepak, katanya.