Sebenarnya Realitinya berlari sambil dengar muzik ada manfaat!

KELIBAT individu yang sedang berjoging sambil mendengar muzik menggunakan fon kepala adalah pemandangan biasa.Malah kajian yang dilakukan Runner’s World pada 2016 mendapati, 61 peratus mengakui mendengar muzik sambil berlari bagi membuatkan mereka lebih fokus.

Manakala 82 peratus pula memberitahu mereka akan mendengar lagu daripada penyanyi kegemaran. Jika anda salah seorang daripadanya, ini adalah beberapa manfaat yang diperolehi jika mendengar muzik sambil berlari.Berlari sambil mendengar muzik boleh membuatkan kita rasa lebih bersemangat.

Lebih bersemangat

Ada sesetengah individu yang melakukan aktiviti joging atau berlari sedang dalam persediaan menyertai marathon dan mendengar muzik boleh membuatkan mereka lebih berm0t!vasi.

Pakar Psik0logi, Costas Karageorghis memberitahu, muzik dapat memberi pengaruh p0s!tif kepada atlet dan ia mampu meningkatkan stamina mereka.Muzik membangunkan perasaan p0s!tif seperti kebahagiaan dan keterujaan. Ia juga mengurangkan aspek negatif dalam badan seperti tekanan dan penat, ujar Costas.

Larian lebih konsisten

Mendengar muzik boleh membuatkan seseorang berlari dengan lebih k0nsisten dan menjaga kecepatan larian mereka.

Kajian dilakukan oleh PLOS One, pelari memunjukkan prestasi lebih baik sambil mendengar lagu sesuai dengan tempo muzik dan langkah mereka.Larian akan terasa lebih ringan dengan mendengar muzik.

Larian terasa ‘ringan’

Larian adalah aktiviti fizikal yang memenatkan dan memerlukan tenaga tetapi dengan mendengar muzik, ia boleh mengalihkan perhatian kita dan membuatkan larian berasa lebih ‘ringan’.Kajian dilakukan oleh Universiti Keele, United Kingdom juga mendapati, mendengar lagu kegemaran ketika berlari dapat meningkatkan rasa ceria dan gembira.

sumber:Mstar

Jadi, bagi yang merancang untuk bersenam itu, boleh mencuba kaedah berlari sambil mendengar muzik yang mampu mendatangkan pelbagai manfaat.