Sebab Mengapa Nilai Tajaan Liga Malaysia Tidak Didedahkan-MFL

Pengelola Liga Malaysia, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) memberi sebab mengapa mereka tidak mendedahkan nilai tajaan yang diterima daripada TM dan juga CIMB.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan menjelaskan pihaknya mendapat permintaan daripada penaja-penaja untuk tidak mendedahkan nilai tajaan kepada umum.

MFL

CIMB MENJADI PENAJA UTAMA SAINGAN ELIT LIGA MALAYSIA MUSIM INI

“Kita ada permohonan daripada pihak penaja untuk tidak mendedahkan nilai tajaan mereka bagi musim 2020. Oleh itu, kami harus menghormati permintaan daripada penaja tersebut.

“Kerana itu tiada sebarang pengumuman atau pendedahan mengenai nilai baik daripada MFL dan juga pihak penaja sendiri,” kata Dato’ Ab Ghani ketika ditemui pada majlis menandatangani perjanjian penajaan dengan MFL sebagai penaja utama bagi saingan Liga Super Malaysia, dan juga perlawnan pembuka tirai, Piala Sumbangsih.

Pada masa yang sama, Dato’ Ab Ghani turut menyatakan pihaknya akan bertemu dengan rakan kongsi bagi memaklumkan mengenai nilai tajaan.

MFL

DATO’ AB GHANI HASSAN. SUMBER GAMBAR: MFL

“Kita akan membuat perjumpaan dengan rakan kongsi tidak lama lagi selepas menandatangani perjanjian dengan TM dan juga CIMB untuk membuat penerangan mengenai penajaan yang diperoleh,” tambahnya.

Dato’ Ab Ghani turut menjelaskan MFL kini sedang bekerja keras untuk mendapatkan lebih ramai penaja bagi saingan musim 2020.

Sumbr:vocket