Sebab Dua Pasukan Ini Gembira Liga Ditangguhkan

Pelan dirangka Malaysian Football League untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia pada September 2020 dianggap disambut baik beberapa pasukan bertanding.Antaranya Persatuan Bolasepak Selangor dan Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu.Ini adalah idea yang bagus di mana MFL merancang untuk memulakan semula saingan Liga Malaysia pada September depan. Memang kalau boleh kita mahu bermain lebih awal tapi kita memahami situasi semasa di mana kita juga akur dengan keputusan kerajaan berhubung isu C0VID-19.

Apa yang penting sekurangnya-kurangnya liga kita masih dapat diteruskan dan kebajikan pemain, pegawai dan kakitangan pasukan tidak akan hilang sumber pendapatan, kata Timbalan Presiden FAS, Datuk Shahril Mokhtar.Dalam masa sama, Shahril berpendapat tiada isu yang sepatutnya dibangkitkan meskipun semua perlawnan terpaksa diadakan tanpa penyokong seperti yang disarankan oleh kerajaan.Kita sedar, kita tidak mempunyai banyak masa untuk mengadakan semua perlawanan jadi ada pertandingan yang kita terpaksa k0rbankan. Saya setuju apabila MFL memilih TM Piala Malaysia berbanding Shopee Piala FA kerana prestijnya. Kalau tak ada TM Piala Malaysia rasa macam tak lengkap. Malah keputusan untuk memberikan slot ke Piala AFC kepada juara TM Piala Malaysia juga adalah sesuatu yang baik.

Memang kalau tidak ada penyokong akan hilang seri liga kita tapi kita kena lihat persepektif lebih besar di mana kita tidak boleh ambil ringan isu C0VID-19 ini, ini sesuatu yang kita tak boleh elak. Saya setuju dengan SOP Perlawnan Tanpa Penyokong asalkan liga kita tidak dibatalkan, katanya.MFL semalam mengumumkan perancangan baharu kalendar Liga Malaysia 2020 selepas permohonan untuk menyambung semula saingan Liga Malaysia pada Ogos 2020 tidak diluluskan Majlis Keselamatan Negara.Menerusi perancangan itu, MFL menetapkan pertandingan Liga Super, Liga Premier bermula pada 1-2 September 2020 dan berakhir pada 26-27 September 2020 dengan saingan secara separuh liga sahaja; manakala Piala Malaysia pula akan berlangsung pada 17-18 Oktober 2020 hingga 7 November sementara Piala FA dan Challenge Cup dibatalkan.

Format pertandingan Piala Malaysia akan dirombak di mana tiada saingan peringkat kumpulan dengan saingan 16 pasukan akan berlangsung secara kalah mati satu pusingan termasuk suku akhir dan separuh akhir.11 pasukan terbaik Liga Super dan lima pasukan terbaik Liga Premier (kecuali pasukan Reserve Team) yang layak beraksi dalam saingan TM Piala Malaysia akan diundi untuk menentukan perlawanan awal dan juga pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun perancangan ini masih tertakluk kepada keputusan semasa kerajaan apabila MFL akan membuat permohonan semula pada Jun ini.Seandainya permohonan tersebut tidak mendapat kelulusan sehingga September, maka saingan Liga Malaysia 2020 akan dibatalkan.Sementara itu, ini pula reaksi Setiausaha Kehormat PBSNT, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil.Kami menerima segala keputusan nanti dan sudah pasti kita perlu berlapang dada dalam keadaan ini kerana semua negara terkesan dengan kerugian dan kehilangan kemeriahan yang akan berlaku.Kita sudah pasti mengharapkan perancangan daripada MFL ini mendapat kelulusan tetapi harapan tinggi juga untuk melihat agar pandemik C0VID-19 ini segera pulih, katanya.

Foto : goal.com