Sebab Bojan Hodak Terima Tawaran The City Boys

Pengendali baharu Kuala Lumpur United FC , Bojan Hodak akan menggunakan khidmat pemain sedia ada sahaja bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

Bekas ketua jurulatih skuad bawah 19 tahun negara itu berkata, dia bersedia menyahut cabaran yang diberikan pengurusan KLUFC meskipun tidak berpeluang mendapatkan pemain yang dikehendaki.

Mereka telah menandatangani pemain dan sekarang saya tidak boleh lakukan apa-apa tapi pemain ini adalah tanggungjawab saya.Dengan tiga pemain senior Safee Sali, Indra Putra Mahayuddin, Shukor Adan saya lihat mereka mampu memberi contoh kepada pemain muda.

Jadi saya akan gunakan khidmat pemain yang ada sahaja untuk musim ini, katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.Keputusan itu sekali gus menyaksikan pengendali Chile, Simon Elissetche tidak akan bersama The City Boys, sebaliknya jurulatih ‘mesra Liga M’ itu ditawarkan kontrak setahun dengan tambahan setahun bermula 15 Januari ini.

Sasaran utama yang diberikan kepada Hodak ialah memastikan kelab itu kekal dalam sa!ngan Liga Super dan semestinya perkara itu bukan masalah besar buat dirinya.

Pengendali berusia 50 tahun itu turut mendedahkan yang dia menerima tawaran daripada beberapa kelab dari Singapura,Vietnam dan Oman namun memilih Kuala Lumpur kerana tertarik dengan perancangan Ketua Pegawai Eksekutif KLUFC, Stanley Bernard.

Saya ada menerima tawaran dari Singapura, Oman dan Vietnam tetapi keadaan semasa C0-v!d-19 menyebabkan kesukaran mendapatkan permit kerja, jadi saya ambil keputusan berada di sini.

sumber:utusan

Setiap soalan yang saya ajukan kepada Stanley juga dijelaskan dengan jawapan yang cukup meyakinkan saya untuk membimbing Kuala Lumpur, katanya.