Sayap Lang Merah Patah Lagi

Kuantan: Pahang bangkit daripada ketinggalan apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Kedah di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.Kemenangan itu amat bermakna buat skuad T0k Gajah iaitu berada di zon lebih selamat dalam saingan Liga Super.

Pada perlawanan itu, pasukan lawan mengejutkan tuan rumah apabila mendahului 1-0 hasil jaringan penyrang import, Tchetche Kipre yang menew@skan penjaga gol, Helmi Eliza Elias pada minit ke-15.

Pahang yang ketinggalan menggandakan asakan ke kvbu lawan tetapi berjaya dikawal dengan baik jentera pertahanan.Namun lima minit sebelum separuh pertama tamat, pemain import Tok Gaj@h, Adam Reed menjaringkan gol penyamaan selepas menew@skan penjaga gol Kedah, Mohd Shahril Sa’ari.

Seminit sebaik babak kedua bersambung, pemain tengah, Nik Muhammad Sharif Haseefy Mohd Lazim memastikan Pahang mendahului Kedah 2-1.Kedah yang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan kehilangan Mohd Shahril selepas penjaga gol itu mengalami kecedraan dan tempatnya diganti Muhammad Azri Ab Ghani pada minit ke-60.

Selepas itu, kedua-dua pasukan masing-masing melancarkan serangan terutama Kedah yang berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan tetapi akur sebaik aksi 90 minit berakhir.

sumber:HM