Saya Tidak Sama Macam Dia

KELANA JAYA: Pengalaman beraksi di Amerika Syarikat (AS) menjadi tarvhan buat Wan Ahmad Kuzri Wan Ahmad Kamal untuk bersaing memikat hati pengendali skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Brad Maloney.

Pemain tengah berusia 18 tahun itu meluahkan keyakinan betapa dia boleh menyesuaikan diri bersama skuad muda Harim@u Malaya walaupun kali pertama menyertai latihan, hari ini.

Saya tidak tahu banyak perkara mengenai pasukan ini, saya datang ke sini dengan fikiran terbuka. Saya fikir bola sepak adalah universal, jadi saya perlu berlatih di sini sama seperti di AS.

(Permainan) di AS lebih kepada fizik@l. Saya fikir saya ku@t dan harap ia (pengalaman di AS) dapat membantu saya. Saya mahu membantu pasukan dan sudah tentu harapan tinggi diletakkan semua pihak.

“Saya dan abang (Wan Kuzain) pemain yang berbeza. Tapi dia ada katakan kepada saya supaya ambil peluang ini untuk memberikan sesuatu kepada pasukan dan beraksi dengan baik,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.

Wan Ahmad Kuzri berlatih buat kali pertama bersama skuad B-19, selepas menjalani kuar@ntin selama dua minggu.

Sementara itu, Maloney menjelaskan barisan kejurulatihan tidak akan mengharapkan sesuatu yang terlalu tinggi daripada Wan Kuzri buat masa ini kerana sedar pemain itu memerlukan masa untuk menyesuaikan diri.

Dia pemain muda dan saya yakin dia boleh uruskan diri dia. Saya tidak harapkan sesuatu yang terlalu tinggi dari dia, kerana dia pun tidak menyentvh bola lebih dua minggu.

“Tapi sudah pasti kami akan pantau dia terutama dari segi kecerg@san dan kami akan bagi dia masa. Kami harap dia boleh tunjukkan bakatnya,” katanya.