“Saya tidak mudah dipegang-pegang” – Intan Najuwa tahu jaga batas, minta netizen henti lagakan hubungan dengan tunang

PELAKON Intan Najuwa tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi selepas foto mesra bersama pelakon Zul Ariffin menerima kecaman netizen.

Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 22, berkata, dia masih tahu menjaga batasan dan mempunyai limit tertentu dengan pelakon-pelakon lelaki gandingannya.

Malah, tindakannya memuat naik gambar hanya sebagai mempromosi drama Setelahku Dimiliki yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan.

“Saya bukan nak cakap yang saya boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. We still have the limit, we have the border,” katanya ketika dihubungi mStar.

Intan Najuwa mengulas foto mesra yang memperlihatkan Zul Ariffin meletakkan tangan di pahanya sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen.

Bagaimanapun, Intan, 22, memberitahu tidak terkesan dengan kecaman netizen biarpun cuba untuk melaga-lagakan hubungan dia dengan tunangnya menerusi ruangan komen di Instagram.

“Drama ni untuk menghiburkan semua orang, tak ada kena mengena dengan tunang saya.

“Semua yang saya lakukan telah mendapat persetujuan daripada semua pihak. Keluarga dan tunang saya okay.

“Yang menjadi masalah sekarang ni hanyalah komen-komen netizen yang cuba laga-lagakan hubungan saya dan tunang,” ujarnya.

Rata-rata netizen mempersoalkan perlakuan Intan sebagai tunangan orang dan mengecam tindakannya memuat naik foto tersebut di platform media sosial, Instagram.

Segelintir netizen berpendapat pelakon itu tidak menjaga hati dan perasaan tunangnya kerana bergambar mesra dengan lelaki lain.

“Untungnya berlakon. Boleh bercuti, boleh naik bot, boleh angkat-angkat, boleh pegang-pegang.

“Rapat betul tunang tak jealous ke?” tulis beberapa netizen.

Terdahulu, Intan dikecam susulan memuat naik gambar didukung pasangan gandingannya dalam drama Tuan Danial iaitu Idris Khan.

Beberapa keping foto Intan didukung Idris yang dikongsi untuk mempromosi sebuah drama mengundang kecaman netizen yang menganggap aksi tersebut keterlaluan.

Intan bertunang dengan Razrul Anwar Rusli, 38, pada 18 Ogos lalu di Thistle Hotel, Johor Bahru.

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan.

“Saya bukan nak cakap yang saya ni boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. Apa yang boleh, boleh. Apa yang tak boleh, tak boleh. We still have the limit, we have the border,” katanya ketika dihubungi mStar.

“Saya tahu kerja saya macam mana, di sebalik penggambaran macam mana. Kami hanya memainkan watak masing-masing dan gambar yang dimuat naik adalah sebahagian daripada watak yang saya mainkan.

“Saya bukan nak cakap yang saya ni boleh dipegang-pegang oleh semua pelakon lelaki. Saya tahu limit saya macam mana. Apa yang boleh, boleh. Apa yang tak boleh, tak boleh. We still have the limit, we have the border,” katanya ketika dihungi mStar.Tags/Kata Kunci:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *