Saya Tidak ‘Makan’ Pujian

Bintang muda meningkat naik Terengganu FC, Muhammad Azalinullah Mohammed Alias tidak mahu hanyut dibuai pujian sebaliknya pemain berusia 24 tahun itu akui masih perlu banyak belajar jika mahu menjadi pemain terbaik.

Pemain tengah kelahiran Kampung Ladang, Kuala Terengganu itu menjadi pilihan jurulatih, Nafuzi Zain untuk diturunkan dalam kesebelasan utama skuad Penyu bergandingan dengan pemain kebangsaan Uzbekistan, Sanjar Shaakhmedov selepas berjaya memperagakan @ksi begitu meyakinkan.

Ketika bertemu PDRM di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di Gong Badak, Jumaat lalu, bekas pemain skuad kebangsaan bawah 19 tahun itu mempamerkan @ksi bertenaga di jenter@ tengah malah dia tidak kekok walaupun dibayangi dua bintang import, Sanjar dan kapten pasukan, Lee Tuck.Setakat ini, dia membuat lapan penampilan dalam saingan Liga Super musim ini kecuali bertemu PJ City selepas menerima dua kad kuning ketika menent@ng Selangor.

Selepas berada dalam kesebelasan utama musim ini, keyakinan saya kian bertambah untuk memperagakan aksi lebih mantap lebih-lebih lagi mendapat tunjuk ajar daripada rakan sepasukan termasuk Sanjar dan Tuck selain barisan jurulatih.

Saya juga kian serasi bergandingan dengan Sanjar, terima kasih barisan jurulatih yang memberi kepercayaan, namun saya tidak mahu hanyut dibuai pujian serta mendabik dada, sebaliknya masih banyak yang perlu dipelajari untuk menjadi pemain terbaik,’ kata Azalinullah.

SUMBER:HM

Menjelang pertemuan dengan Felda United hujung minggu ini, Azalinullah akui m0tivasinya kini kian meningkat sesudah pasukannya berjaya menamatkan episod kekal@han kali ketiga berturut-turut selepas membenam cabaran The Cops 4-0.