Saya Tidak Berniat Sakitkan Hati Penyokong Selangor

Pemain tengah skuad Gergasi Merah, Safuwan Baharudin mencetus k0ntroversi apabila memuat naik video aksinya menabur garam atas daging stik di laman instagram miliknya sehingga mencetus kemarahan penyokong Selangor. Beliau turut menyebut nama pemilik JDT yang juga merupakan pasukan pencabar Selangor dalam saingan Liga Super iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim dengan kapsyen “Just pure love, like the real boss” (Hanya cinta tulen, jadi seperti bos sebenar).

Situasi itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan penyokong Gerg@si Merah dan mereka meramalkan pemain yang berusia 29 tahun itu mungkin akan menyertai JDT dalam masa terdekat. Bagaimanapun, Safuwan menafikan sekeras-kerasnya mengenai penghijrahan ke skuad H@rimau Selatan dan menjelaskan beliau tidak berniat untuk menyakitkan hati para penyokong Selangor. Saya ingin menjelaskan diri saya di sini. Saya tidak sangka bahawa tag dan post yang tidak bermaksud apa-apa akan menyebabkan banyak kebencian dan kekel!ruan. Saya tidak berpindah ke JDT dan saya tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan JDT. Saya tidak bermaksud untuk menyakitkan hati atau menyinggung perasaan sesiapa. “Dengan itu, saya ikhlas meminta maaf dan akan lebih berhati-hati dengan apa yang saya post di masa depan, tulis Safuwan dalam satu kenyataan di laman instagramnya. Beberapa hari yang lalu timbul khabar angin mengatakan pemain dari Singapura itu akan meninggalkan Selangor untuk menyertai sebuah kelab gergasi di Liga Thai, selepas mendapat tawaran lumayan daripada kelab tersebut. Desas desus itu berlaku apabila ucapan perpisahan di antara Safuwan dan seorang lagi pemain tengah skuad Gerg@si Merah, Sandro Da Silva menjadi tular dalam kalangan netizen. Namun, Ketua Jurulatih Selangor, B. Satiananthan ketika bercakap kepada Stadium Astro menafikan perkara tersebut. Ada perbincangan di antara kelab kami dan kelab di Thailand. Itu menunjukkan bahawa Safuwan mempunyai kualiti. Kami berbangga dengan apa yang kami ada, iaitu seorang pemain yang berkualiti. Sebagai jurulatih, saya tidak mahu kehilangannya. Tetapi inilah bola sepak dan kami perlu memikirkan tentang kebaikan pemain. Namun, setakat ini, tiada apa-apa lagi,jelas Satiananthan. Sumber:vocket