Saya tak menuduh tapi beri nasihat !

Siapa yang tidak bangga apabila menang 11-0. Itulah yang dijelmakan skuad B-19 negara dalam perlawanan kedua Kelayakan AFC 2020 di Kemboja menentang Brunei, semalam.

Ia juga susulan kemenangan ke atas tuan rumah 5 – 4 dalam aksi pembukaan kumpulan G dengan drama layangan dua kad merah yang cukup dramatik.

Ia menggambarkan betapa bolasepak negara terutama di peringkat remaja sedang berdepan dengan graf mendongak yang sangat positif. Lukman Hakim Shamsuddin, Muhamad Azam Azmi, Mohd Aiman Afif sekadar menyebut beberapa nama sudah semakin matang beraksi di peringkat antarabangsa.

Tidak dinafikan bolasepak Malaysia mampu berdiri sebaris Vietnam yang sudah menembusi ranking 100 dunia. Ketika ini Vietnam menghuni kedudukan ke-97 dunia, lebih baik daripada Jordan, Bahrain, Palestin,
New Zealand dan juga Korea Utara.

Generasi Lukman Hakim, malah yang lebih senior seperti Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan juga Syafiq Ahmad perlu jadi peneraju untuk meloloskan skuad bolasepak kebangsaan dari tembok kemvnduran.

Langkah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi penaja syarikatkorporat Malaysia dalam mengeksport pemain-pemain muda dan remaja beraksi di luar negara perlu diteruskan.

Tetapi dengan syarat; jangan sekadar memenuhi tanggungjawab sosial syarikat ataupun hanya untuk mendapat ihsan untuk dapat publ!siti meluas. Bantu biarlah dengan iklhas demi bolasepak nagara.

Pemain pula perlu buang sikap senior-senior yang sering pulang awal atau tidak dilanjutkan kontrak disebabkan prestasi atau masalah peribadi.

Untuk pemain yang masih lagi tinggal dalam saingan Liga Malaysia bermainlah seperti esok kita akan beraksi di Piala Dunia. MFL juga perlu mainkan peranan ‘super active’ dalam menyediakan liga lebih
terjamin.

Paling utama — cari formula terbaik untuk selesaikan isu gaji pemain.

Masalah ini sebenarnya mampu menghadkan prestasi pemain, pasukan danakhirnya melibatkan negara.

Berbalik semula kepada kejayaan dilakar pasukan bawah 19 tahun negara di mana sebenarnya ia sudah mula terbit menerusi skuad bawah 16 tahun.

Laluannya sudah lurus dan betul, kerana pemain-pemain remaja ini belum terd3dah dengan saingan Liga Malaysia. Mungkin bahasa ka sarnya belum besar kepala! Pupuklah daripada awal, barulah boleh tembus! benua Asia.

Maaf saya bukan nak menuduh tetapi beri nasihat – Jangan dabik dada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *