Saya Suka Cara Dia- Dickson Nwakaeme

Penyrang import pasukan Pahang, Dickson Nwakaeme menyatakan pemain tempatan yang menjadi kegemaran beliau dalam saingan Liga Malaysia ialah rakan sepasukannya sendiri iaitu Nor Azam Azih.

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Dickson di laman media sosial Instagram miliknya, pemain berusia 34 tahun itu menegaskan beliau pernah memberitahu kepada pengurus pasukan agar memberikan kontrak sepanjang hayat kepada Azam agar pemain itu kekal menjadi pemain Pahang.Pemain tempatan kegemaran saya, Nor Azam Azih. Pada hari pertama beliau berlatih bersama kami beberapa tahun dahulu, saya beritahu kepada pengurus agar memberikan kontrak sepanjang hayat kepada pemain ini.

Ini bagi memastikan beliau kekal sebagai pemain Pahang untuk selama-lamanya. Beliau sangat bagus pada usianya ketika itu,” kata Dickson.Bekas pemain Pahang, Damion Stewart kemudiannya memberikan komen kepada video yang dimuat naik oleh Dickson dengan menyatakan Azam mempunyai kualiti layaknya pemain import.

Sejak hari peryama Azam Azih berlatih bersama kami, pemain ini tidak seperti pemain tempatan lainnya dan beliau mempunyai kualiti seperti pemain import. Saya berharap Azam diberikan peluang untuk beraksi di luar Malaysia satu hari nanti, kata Damion.

sumber:Vocketfc

Selain menjadi regular bersama pasukan Pahang, Azam turut menjadi pilihan utama pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe bagi mengisi bahagian tengah bersama Brendan Gan dan Syamer Kutty Abba dalam perlawnan pusingan kedua kelayakan Piala Dunai 2022/Piala Asia 2023.