“Saya pun tak tahu bagaimana ibu menghadapi keadaan ini”

ALOR SETAR: Seperti lazimnya, Zaquan Adha Abdul Radzak tidak akan melepaskan peluang menghubungi ibunya bagi mendapatkan restu dan doa kejayaan buat dirinya setiap kali turun beraksi mewakili pasukannya, Kedah.

Dan bagi aksi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini, dia juga sudah pasti akan berbuat demikian.

Langkah sama juga, lazimnya akan juga dilakukan oleh kembarnya, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada setiap aksi. Dan sudah pasti, ia akan turut dilakukannya apabila turun mewakili skuad Harimau Selatan bertemu skuad Helang Merah pada aksi final piala berprestij itu.

“Setiap kali sebelum sebarang perlawanan, saya akan menghubungi ibu untuk meminta restu daripada beliau bagi mendoakan kejayaan saya dan pasukan dalam perlawanan. Begitu juga abang saya. Selalunya dalam perlawanan lain, pasukan yang kami wakili akan menentang pasukan lain. Jadi perkara itu menjadi biasa,

“Namun kali ini agak berbeza kerana kedua-dua pasukan yang kami wakili akan bert3mbung di final Piala Malaysia. Dan ini tentunya men!mbulkan pers0alan buat ibu kami yang mahu mendoakan kejayaan buat anak kembarnya ini.

“Saya pun tak tahu bagaimana ibu mengh@dapi keadaan ini walaupun dia tetap berdoa untuk kejayaan kami berdua,” katanya ketika dihubungi hari ini.Posted in: SUKAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *