Saya Perlu Jumpa Dia – Aidil Sharin

Tiga kali permohonan untuk masuk ke Malaysia dit0lak sebelum usaha kali keempat diterima, jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak, tetap cekal mencari penyelesaian bagi mas@lah gaji yang berlarutan sejak Mac lalu.

Namun, sehingga ke saat ini, percubaan pengendali dari Singapura itu untuk bertemu Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Sanusi Md Noor, belum berhasil.

Sebagai jurulatih, saya ingin mengenali bos (presiden) baru.

Semestinya kami perlu berjumpa atau (mengetahui) apa sahaja perancangan mereka sejurus mereka mengambil alih (tampuk kepimpinan).

Tempoh presiden lalu sudah berakhir dan kini adanya presiden baru.

Hasrat saya kembali ke Malaysia adalah untuk mengadakan sesi latihan pasukan sambil cuba bertemu dengan presiden baru.

“Tetapi setakat ini, (belum berhasil) kerana mungkin beliau sedang sibuk,” katanya ketika bertemu wartawan Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom di ibu negara, hari ini.

Kesan tanpa gaji sejak lima bulan lalu itu juga memberi der!ta buat barisan Lang Merah sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah sewa.

Kalau dilihat daripada segi angkanya itu memang membimb@ngkan, lima bulan tanpa gaji bukan perkara yang mudah.

Pemain juga ada mas@lah keluarga masing-masing, dua daripadanya akan menyambut cahaya mata baru dan memerlukan wang.

Pemain yang datang dari luar Kedah juga kasihan kerana lebih banyak wang yang perlu dikeluarkan.

Dengan penul@ran C0V!D-19, tuan rumah sewa juga berasa risau dengan situasi kem Kedah ini.Banyak faktor yang kami hadapi, tambahnya.

Aidil turut tidak l0kek untuk mengeluarkan duit poketnya sendiri bagi memastikan anak-anak buahnya tetap meneruskan perjuangan di sebalik dugaan yang mereka hadapi sejak awal musim ini lagi.

Bagi saya yang berperanan sebagai bapa dalam pasukan ini, saya hanya buat yang terbaik untuk pasukan.Apa yang penting, saya mahu mereka turun berlatih dengan keadaan 100 peratus.

Pemain senior seperti Baddrol Bakhtiar dan Zaquan Adha Abdul Radzak juga banyak menghulurkan bantuan terhadap keperluan pemain muda.Alhamdulillah, saya mempunyai pemain senior yang bagus seperti Baddrol, Zaquan dan Azamuddin Akil,” katanya.

Jika ia berterusan, gah Kedah hanya akan tinggal nama sahaja manakala Aidil sendiri memberi bayangan untuk mengucap selamat tingg@l buat pasukan itu musim depan.

“Kontrak saya akan tamat hujung tahun ini dan kami perlu tunggu apakah kesudahannya termasuk hala tuju saya pada tahun depan.”