Saya Gemar Beliau, Shebby Berbunyi lagi

Bekas pemain skuad kebangsaan, Shebby Singh meneg@skan umur 12 atau 13 tahun merupakan waktu yang sesuai untuk pemain Asia ber@ksi di Eropah.

Shebby berkata demikian apabila mengulas mengenai pemain pertah@nan Vietnam, Doan Van Hau yang bergelvt bersama kelab Eredivisie, SC Heerenveen. Menurut Shebby, Van Hau lambat untuk beraksi di Eropah dimana beliau menyertai Heerenveen pada usia 19 tahun.

Pemain Asia perlu beraksi di Eropah di usia awal sekiranya mereka mahu berjaya di sana. Umur yang sesuai ialah 12 dan 13 tahun, tidak lebih dari 14. Oleh itu mereka akan mempunyai masa untuk menyesuaikan diri dan beradaptasi dengan persekitaran yang baharu.

Untuk kes Van Hau, berhijrah ke Eropah pada usia 18 atau 19 tahun adalah lambat. Sukar untuk beliau mendapat peluang untuk tampil. Tetapi jika Van Hau berhijrah lebih awal, maka perjalanan karier beliau di sana akan berbeza.

Saya gemar dengan Van Hau. Beliau merupakan pemain yang mempunyai kualiti. Namun saya tidak terkejvt apabila beliau sedikit bergelvt di Heerenveen. Beliau perlu memikirkan tentang masa depan dan mungkin boleh memilih liga yang sesuai seperti J. League

Jika di saingan J. League, saya percaya beliau akan memperoleh minit bermain yang cukup. Van Hau tidak seharusnya membu@ng masa di Eropah, kata Shebby Singh.

Van Hau menyertai SC Heerenveen secara pinjaman dari Hanoi FC pada penghujung tahun 2019. Setakat ini, pemenang pingat emas Sukan SEA 2019 itu hanya beraksi bersama skuad pembangunan.