‘Saya belum mahu fikir lagi’

PENGENDALI H@rimau Malaya, Tan Cheng Hoe menegaskan bahawa beliau enggan memikirkan mengenai soal membimbing skuad Bawah 23 (B-23) tahun negara pada ketika ini.

Sebaliknya, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata, hanya mahu memikirkan untuk membawa H@rimau Malaya mengharungi tiga aksi penting Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menen tang Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam dan Thailand tahun ini.

“Fokus saya ketika ini adalah kepada pasukan H@rimau Malaya kerana untuk tahun ini ada tiga perlawanan penting yang perlu dihadapi. FAM pun sudah ada jelaskan perkara ini, jadi tugas saya sudah tentu untuk memastikan kemaraan pasukan negara dalam pusingan kelayakan.

“Lagipun, skuad B-23 tiada kejohanan yang besar perlu diharungi tahun ini, jadi saya hanya turuti sahaja apa yang dimahukan FAM,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Skuad B-22 tidak akan mengharungi sebarang kejohanan antarabangsa tahun ini apabila gagal beraksi pada Kejuaraan B-23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2020 Januari ini selepas terk@ndas di pusingan kelayakan, Mac lalu.

Sebelum ini, Setiausaha Agung Persatuan B0la Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam tidak menolak kemungkinan melantik Cheng Hoe sebagai jurulatih B-23 negara menggantikan Datuk Ong Kim Swee yang tidak disambung kontrak baru-baru ini.

Namun, Stuart menegaskan bahawa FAM tidak mahu mengambil keputusan terburv-bvru memandangkan Cheng Hoe mempunyai tugas besar bersama skuad kebangsaan bagi mengharungi tiga perlawanan penting Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 sehingga Jun ini.

Cadangan melantik Cheng Hoe bagaimanapun menimbulkan kebimbangan kemungkinan pengendali itu akan terbeban dan tidak akan dapat menumpukan tugas kepada skuad Harimau Malaya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bersetuju sekiranya dilantik sebagai pengendali B-23, bekas pengendali Kedah berkenaan bagaimanapun enggan mengulas lanjut.