Saya Akan Bertanggungjawab

Tiada apa lagi yang dapat bantu pasukan PDRM untuk kekal dalam saingan CIMB Liga Super apabila mereka tew@s 0-4 kepada Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam.Kekalahan itu turut menyaksikan mereka secara rasmi tersingk!r ke saingan Liga Premier musim depan selepas menghuni kedudukan tercor0t kerana gag@l mencatat sebarang kemenangan dalam 9 perlawanan yang diharungi.

Dalam perlawanan semalam, TFC membuka akaun jaringan seawal minit ke-8 menerusi tandvkan Faris Ramli hasil hantaran daripada Lee Tuck.Skuad kendalian Nafuzi Zain itu mend0minasi permainan dan berjaya menambah gol kedua menerusi sepakan penalti, Tuck pada minit ke-25.

PDRM cuba memperkemaskan corak permainan namun masih gagal memecah kebuntvan gol. TFC bagaikan harimau luka terus menambah gol ketiga pada minit ke-45 menerusi sep@kan lencong menarik Tuck dari jarak kira-kira 25 meter yang menerjah ke penjuru kiri gawang pelawat untuk mengukuhkan kedudukan 3-0.

Pada minit ke-74, Faris sekali lagi berjaya menambah jaringan keempat pasukannya yang juga gol kedua peribadinya apabila menanduk masuk bola hantaran Mohamad Arif Fadzilah Abu Bakar.Mengulas mengenai keputusan itu, pengendali PDRM, Ishak Kunju enggan menyal@hkan pemainnya sebaliknya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap penyingkiran pasukan itu ke Liga Premier.

Beliau juga menyer@hkan kepada pihak pengurusan untuk menentukan kedudukannya dalam pasukan.Kami tak dapat buat apa yang kami sepatutnya buat. Saya tak salahkan pemain. Saya salahkan diri sendiri 100%. Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk kekalahan ini dan saya fikir ini kekalahan terbesar saya. 4 biji besar.

sumber:Vocketfc

Sebelum ini tidaklah seteruk itu. Cuma sedikiti kecew@ kami tidak melawan, dan itu sangat kecewa, katanya dalam temubual selepas tamat perlawanan.