Satu Lagi Perkara Yang Azmeer Akan Buat

PEMAIN pertahanan Kedah, Azmeer Yusof berhasrat mewujudkan sebuah pusat pengajian Islam yang bakal diberi nama Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Kedah.

Hasrat berkenaan diluahkan dalam laman Facebook miliknya ketika melahirkan ucapan kesyukuran selepas urusan pembelian sebidang tanah di Alor Setar yang dikatakan hampir selesai.

“Alhamdulillah pembelian tanah saya di Tongkang Yard, Alor Setar hampir selesai dan Insya-Allah di tanah tersebut akan saya bangunkan sebuah pusat yang akan diberi nama Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof.

“Di situ nanti akan saya tempatkan guru Quran lelaki dan perempuan, guru hadis, tempat pembelajaran dan kuliah agama Islam dan sebagainya, Insya-Allah.

“Doakan segala niat saya dipermudahkan Allah dan saya berharap semua pihak akan menyokong pusat pengajian yang akan dibina ini,” kata Azmeer.

PELAN pusat pengajian Islam yang mahu dibina Azmeer. FOTO FB Azmeer YusofPELAN pusat pengajian Islam yang mahu dibina Azmeer. FOTO FB Azmeer Yusof

Dalam ruangan Facebook berkenaan juga Azmeer menyertakan beberapa gambar contoh reka bentuk grafik pusat pengajian yang sedang dalam perancangan pembangunannya.

“Untuk pusat pengajian ini, saya akan buka kepada sesiapa yang mahu melakukan wakaf tunai dan perkara ini nanti saya akan maklumkan dari masa ke semasa.”

sumber:HM

Dia yang aktif menjalankan beberapa perniagaan termasuk memiliki syarikat lori sampah AZYU Global Enterprise, turut menawarkan perkhidmatan gunting rambut percuma kepada golongan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) di kedai miliknya di Alor Setar iaitu AY Barber Shop.