Sathia Mahu Lima

SHAH ALAM: Ketua jurulatih Selangor, B Sathianathan mahu sekurang-kurangnya lima perlawnan persahabatan sebagai aksi pem@nas badan buat pasukannya jika saingan Liga Super bersambung pada awal September ini.

Namun, sekiranya kempen Liga Malaysia (Liga M) 2020 yang ditangguhkan sejak Mac lalu susulan pandmik C0V!D-19 mendapat kebenaran kembali bersambung lebih awal, jurulatih berusia 62 tahun itu memerlukan lebih daripada lima perlawnan.

Bagaimanapun, Sathianathan yang telah membimbing Selangor selama dua musim mengakui hasratnya mengadakan perlawnan persahabatan itu mungkin berdepan kekangan.

Kalau katakan (liga) dipercepatkan, saya akan adakan tujuh perlawnan persahabatan. Tetapi kita ada satu permas@lahan. Mana nak cari pasukan…pasukan yang kita dah law@n adalah Kedah, Perak dan Terengganu…semua jauh.

“Perjalanan untuk ke sana macam dulu dah tak boleh, sekarang nak naik bas pun dah tak boleh bersama..kena ada dua bas. Ini yang kita kena fikir dan cari penyelesaian,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Selangor kini berada di kedudukan kelima, ketinggalan lima mata di belakang pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas bergelvt di permulaan musim apabila sekadar mencatat satu kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam empat aksi pertama.

Bagaimanapun, Sathianathan percaya pasukannya masih mampu menc@bar kejuaraan musim ini di sebalik keputusan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengubah format jumlah perlawnan daripada keseluruhan 22 aksi menjadi 11 perlawnan.

“Mana-mana pasukan ada peluang. Kalau tengok daripada kedudukan carta, JDT di atas, mereka adalah pasukan yang baik. Kita dibezakan lima mata dengan mereka (JDT) dan beza kita dengan Perak di tempat kedua ialah tiga mata. Apa-apa boleh berlaku dalam tujuh perlawnan,” katanya.

Mengulas mengenai skuad Selangor kembali berlatih selepas berehat lebih tiga bulan, Sathianathan berkata beliau tidak berdepan sebarang mas@lah sejak latihan bermula Isnin lalu meskipun perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Biasanya 14 hari pertama latihan saya fokus kepada berlari untuk bina ketahanan stamina. Untuk saya, perkara ini dah biasa cuma bezanya sekarang pemain perlu berlari dengan jarak tiga meter antara pemain,” katanya.