Sasar 22 mata, sekarang kena cari minimum 25 mata

Sudah jatuh ditimpa tangga, mungkin itu perumpamaan tepat mengambarkan nasib PDRM FA.

Jika sebelum ini mereka berdepan masalah kewangan sehinggakan bajet dipot0ng dan terpaksa mempersiapkan pasukan ala kadar, terbaru pasukan kendalian Ishak Kunju Mohamed itu menerima satu lagi tam paran apabila ditolak tiga mata sebelum se pak mula Liga Super musim baru.

Ia susulan kegagalan PDRM FA mematuhi ama ran diberikan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menyelesaikan tunggakan gaji atau mencapai persetujuan pembayaran dengan pemain yang terlibat, selewat-lewatnya pada 31 Januari 2020.

Ini sekaligus menjadikan PDRM FA sebagai pasukan pertama dalam sejarah Liga Super untuk memulakan musim dengan defisit tiga mata.

“Sebahagian daripada langkah proaktif yang telah diambil oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun lalu adalah memastikan semua pasukan mengemukakan Deklarasi Berkanun masing-masing iaitu mengisytiharkan sebarang tunggakan hutang, jika ada pada 30 November 2019.

“Selepas meneliti Deklarasi Berkanun yang dikemukakan semua pasukan, FAM telah membuat satu ketetapan menerusi surat yang dihantar kepada tiga pasukan iaitu Melaka, PDRM dan Kelantan pada 15 Januari 2020 dengan tempoh masa kira-kira dua minggu diberikan kepada mereka untuk melangsaikan hutang berkenaan atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit.

“Kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan mana-mana pasukan tersebut akan dikenakan hukvman pemot0ngan tiga mata secara serta merta.

“Tempoh masa yang diberikan oleh FAM kepada tiga pasukan berkenaan bagi menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai pasukan masing-masing telah pun berakhir pada Jumaat, 31 Januari 2020.

“Untuk itu, FAM pada hari ini ingin mengumumkan bahawa Melaka dan Kelantan telah pun berjaya melangsaikan tunggakan gaji atau mencapai persetujuan pelan penyelesaian tunggakan bersama pemain atau pegawai yang terbabit, sekali gus terlepas hukvman pemot0ngan mata berkenaan.

“Bagaimanapun, PDRM gagal untuk melakukan perkara yang sama, sekali gus FAM dengan ini terpaksa mengumumkan penolakan tiga mata terhadap PDRM apabila bermulanya saingan Liga Super 2020 pada 28 Februari 2020,” kata Setiausaha Agung FAM Stuart Ramalingam dalam satu kenyataan.

Tambah Stuart, FAM akan berkomunikasi dengan Malaysian Football League (MFL) untuk badan penganjur Liga Super itu melaksanakan arahan pemot0ngan tiga mata tersebut selain menegaskan PDRM FA akan diberi tempoh tambahan selama empat minggu untuk menyelesaikannya sehingga 28 Februari 2020.

“Jika masih gagal, PDRM akan dikenakan hukvman seterusnya iaitu pemot0ngan enam lagi mata. Justeru FAM berharap PDRM akan mengambil serius untuk berusaha menyelesaikan perkara ini mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan itu,” ujar Stuart.

Sebelum ini, menyedari PDRM FA berdepan pelbagai kekangan untuk mempersiapkan sebuah skuad mantap dan bakal membariskan sebahagian besar pemain daripada kalangam anggota polis, Ishak Kunju menyatakan sasaran beliau untuk musim baru ini adalah pasukannya dapat mengutip 22 mata dan kekal dalam saingan Liga Super.

Namun dengan penolakan mata yang dilaksanakan ini, maka tugas mereka bertambah berat dan perlu untuk mencari setidak-tidaknya 25 mata untuk misi survival.

Bolehkah PDRM FA melaksanakan misi yang dianggap mustahil ini?

Foto : NSTP

Sumber : foxsports