Sanggup pecah tabung

ALOR SETAR : Dua penyokong setia Kedah terpaksa memecah tabung dan meredah ombak Selat Melaka demi mendapatkan tiket perlawanan Kedah menentang Pahang pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Aman, esok.

Penyokong remaja Pulau Langkawi, Abdul Arif Imran dan Mohd Aiman Ariff Ya yang masing-masing berusia 15 tahun memastikan mereka antara penyokong paling awal beratur membeli tiket sebagai tanda sokongan padu untuk skuad Lang Merah.

Menurut Abdul Arif, beliau dan rakan tidak menjangka jualan tiket dalam talian yang ditawarkan minggu lalu telah habis dijual dengan begitu cepat dan ini menyebabkannya mereka mengambil keputusan bertolak ke Alor Setar pada khamis pagi. 

“Memamng kami terkejut dan kecewa apabila mendapati tiket melalui dalam talian telah habis dijual namum kami tidak mahu berputus asa dan mengambil keputusan bertolak pada pagi Khamis untuk hadir sendiri di kaunter Stadium Darul Aman .” 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *