Salah Tak Salah,Jika Salah Mahu

MOHAMED Salah berkata dia mahu kekal di Liverpool untuk satu tempoh yang lama dan berasakan kelab mampu meraih pencapaian lebih banyak.

Penye rang sensasi berusia 28 tahun itu adalah penjaring terbanyak Reds musim ini dan menjadi t0nggak utama kepada kejayaan kelab itu menamatkan kem@rau kejuaraan Liga Perdana selepas 30 tahun.Salah menyertai Liverpool pada 2017 dan turut memenangi Liga Juara-Juara serta Piala Kelab Dunia bersama Reds.

Saya tidak dapat gambarkan perasaan sebaik memenangi kejuaraan liga selepas 30 tahun, katanya kepada BeIN Sports.Saya sangat gembira dan menikmati suasana di sini. Saya gemarkan tempat ini dan harap dapat kekal lebih lama.Suasananya cukup berbeza berbanding tempat lain, katanya.

Salah sudah menjaringkan 92 gol sepanjang 145 perlawanan sejak menyertai Liverpool termasuk 21 gol sepanjang 41 perlawanan pada musim ini.

Dia menandatangani kontrak baharu selama lima tahun pada Julai 2018 namun tetap dikaitkan dengan perpindahan lumayan ke kelab lain.Kami berjaya menyesuaikan diri antara satu sama lain sebagai sebuah pasukan dan tahap persefahaman kami sangat baik.

Sumber:HM

Jika kami meneruskan m0mentum ini, kami akan memperoleh lebih banyak kejayaan. Bukan mudah untuk mengekalkan tahap sedia ada, tetapi ia bukan sesuatu yang mustahil, katanya.