Sahin mangsa pertama kemarahan ke atas Turki

BARCELONA: Kelab bola sepak divisyen dua liga Jerman, St Pauli melepaskan pemain tengah kelahiran Turki, Cenk Sahin selepas mendapati pemain itu melanggar etika kelab dengan menyokong langkah tentera negaranya menyerang pemberontak Kurdis di sempadan Syria, baru-baru ini.

Sahin menyatakan sokongannya menerusi ciapan di media sosial milknya yang kemudian dipadamkan Jumaat lalu.

Tentera Turki ketika ini dihantar ke sempadan Syria untuk memerangi pejuang Kurdis di sempadan negara itu dan penyokong kelab itu berang selepas mendapati Sahin secara terang terangan menyokong tindakan tentera negaranya itu di utara Syria.

“Cenk Sahin dilepaskan daripada latihan dan tugasan bersama kelab berkuat kuasa serta merta,” umum kelab St Pauli menerusi kenyataan pagi ini

“Faktor utama kami mengambil keputusan ini selepas mendapati pemain itu berulang kali tidak mengendahkan arahan kelab dan kami terepaksa melindungi keselatamatnya.”

Sahin memuat naik kenyataan itu sebelum memadamkannya Jumaat lalu sekali gus membangkitkan kemarahan penyokong St Pauli yang mahu dia dipecat.

St Pauli mengakui kontrak pemain itu masih sah tetapi dia kini dibenarkan mewakili pasukan lain selepas ini.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai St Pauli dari kelab Basaksehir, di Istanbul pada 2016. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *