Sah tinggalkan City Boy ke Selatan

Pemain yang disebut-sebut sebagai pemain naturalisasi seterusnya bagi skuad kebangsaan, Guilherme De Paula sah meninggalkan Kuala Lumpur setelah ber@ksi bersama pasukan itu selama tiga musim.

Meskipun menampilkan prestasi yang member@ngsangkan sepanjang tiga musim menyarung jersi Th3 City Boys, namun Persatuan Bola Se pak Kuala Lumpur (KLFA) mengambil keputusan untuk tidak menyambung k0ntrak De Paula yang berakhir pada November lalu.

Pemain yang pernah ber@ksi bersama Selangor dan PDRM FA itu menjadi watak penting ketika Kuala Lumpur muncul juara Liga Perdana pada musim 2017 lalu. De Paula menjaringkan 27 gol sekaligus meletakkan beliau sebagai penjaring terbanyak.

Pada tahun berikutnya, Guilherme De Paula berjaya meneruskan pr3stasi cemerlang dimana beliau menjaringkan 13 gol dalam saingan Liga Super. Musim ini, catatan gol De Paula sedikit meng3cewakan dimana beliau hanya mampu menjaringkan 8 gol sepanjang musim.

Baru-baru ini, Guilherme dilihat menyertai sesi latihan Johor Darul Ta’zim dan terdapat desas-desus bahawa beliau akan menyertai juara Liga Super musim 2019 itu.

Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi

Namun, ramai berpendapat JDT hanya membantu Guilherme dalam memastikan beliau berada dalam keadaan terbaik kerana tahun hadapan, pemain kelahiran Brazil itu bakal dijadikan sebagai pemain natvralisasi sekaligus ber@ksi bersama pasukan kebangsaan.

Seorang lagi pemain yang menjadi calon pemain natvralisasi, Liridon Krasniqi turut berlatih bersama JDT.