Sah Ke London,Ejen ikat kontrak Luqman

KUALA LUMPUR: Penye rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin menandatangani kontrak bersama syarikat ejen yang berpangkalan di London iaitu EL-EF Sport.

Perkara itu didedahkan syarikat terbabit menerusi beberapa gambar yang dimuat naik di laman media sosial mereka.

“EL-EF SPORT dengan sukacitanya mengumumkan menandatangani salah seorang bakat muda paling menarik, @ luqmansham_10.

“Kami berharap dapat bekerjasama dengan Luqman dan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk dia memulakan perjalanan profesionalnya,” kata syarikat terbabit menerusi akaun Instagram mereka.

Perkembangan itu sudah pasti bakal membuka peluang lebih cerah untuk Luqman berada dalam pasaran bola sepak di Eropah.

Malah, terdapat spekulasi yang mendakwa Luqman mendapat perhatian daripada beberapa kelab lain di Eropah selain KV Kortrijk dari Belgium.

sumber : BH