Sah dipecat

INDONESIA akan mencari ketua jurulatih baru bola sepak negara itu selepas mengumumkan Simon McMenemy sah akan dipecat selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia men3ntang Malaysia.

Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) berkata mereka akan berp!sah dengan pengendali dari Scotland itu selepas perlawanan Piala Dunia di Kuala Lumpur pada 19 November ini.

Tanpa menyatakan sebarang sebab, Indonesia kini menghuni tangga terc0rot Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia Asia selepas tewas semua empat perlawanan setakat ini menyebabkan timbul kempen desakan #SimonOut di media sosial mahukannya meletak jawatan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Simon terhadap kerjasamanya setakat ini,” kata pengerusi PSSI yang baru dilantik, Muhammad Iriawan.

“Kami mengharapkan keputusan positif pada perlawanan men3ntang Malaysia.”.

McMenemy, 41 menandatangani kontrak selama dua tahun pada tahun lalu untuk membimbing pasukan kebangsaan negara itu.

PSSI sedang menimbangkan beberapa calon pengganti McMenemy termasuk bekas ketua jurulatih Korea Selatan, Shin Tae-yong dan bekas pemain Barcelona dan pemain tengah Real Madrid, Luis Milla.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *