Safiq cabar Liridon Krasniqi

Bekas kapten skuad Harimau Malaya, Safiq Rahim mencabar pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi untuk membuktikan pemilihan pemain itu sebagai pemain naturalisai negara yang baharu sebagai bukan satu kes1lapan.

Beberapa hari yang lalu Persatuan BolaSepak Malaysia (FAM) mengumumkan proses naturalisasi pemain tengah JDT itu telah selesai.

Safiq ketika bercakap kepada Bernama menyifatkan Liridon sebagai pemain yang bijak membaca rentak permainan, dan yakin pemain itu boleh memberi kelebihan kepada aksi pasukan negara.

Namun setakat ini Liridon hanya membuktikan keupayaan beliau di saingan Liga Malaysia. Kini Safiq mahukan pemain itu membuktikan keupayaan dirinya ketika menyarung jersi pasukan negara.

“Beliau (Liridon) seorang pemain yang baik dan bagi pasukan negara adalah satu kelebihan, apabila beliau dapat dinaturalisasikan,” kata Safiq.

“Pasukan negara perlu menggunakan kelebihan yang ada pada Liridon terutama daya membaca permainan, kerana impaknya sangat besar dalam setiap perlawnan.

“Liridon perlu tunjukkan kemampuan sebenar dan bagi 100 peratus ketika bermain untuk pasukan negara, kerana tiada yang lagi besar daripada negara.

Kesebelasan utama Melaka United menentang Pahang semalam. FOTO: MUSA

“Kita mahu melihat beliau beraksi di tahap lebih tinggi, kerana setakat ini beliau hanya beraksi dalam saingan domestik.”

Liridon mulai mewarnai kancah saingan Liga Malaysia pada musim 2015 bersama pasukan Kedah, dan membantu pasukan dari utara tanah air itu merangkul kejuaraan Liga Premier, Piala Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Piala FA.

Liridon adalah pemain naturalisasi kedua pasukan negara selepas Mohamadou Sumareh yang beraksi bersama pasukan Pahang.

Menurut FAM lagi, usaha sedang dilakukan untuk mendaftar Liridon agar pemain itu sempat diturunkan menentng Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac hadapan.

Sumber : semuanyabola