Safawi Tunjuk Kereta Mewah Dihari Raya

KUALA LUMPUR: Adakah penye rang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid kini memiliki ‘permainan baharu?’

Menerusi laman Instagramnya, penyerang kebangsaan itu berkesempatan berkongsi ‘jentera mewah’ dipercayai kereta baharunya sambil mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada peminatnya.

Dalam ucapan ringkasnya, pemain berusia 23 tahun itu sempat memberi peringatan supaya dapat terus menjaga diri ketika pandemik COVID-19 masih lagi melanda negara ini.

“SHRMZB #kitajagakita #semogaistiqomah ,” kata Safawi.

Berdasarkan semakan, kereta berwarna merah itu adalah jentera mewah dari Jerman iaitu Porsche.

Malah, hantaran terbabit turut mendapat perhatian pemilik pasukan JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang meninggalkan komen beliau.

“Hebat Anak Terengganu. Sentiasa bersyukur dan kerja keras,” kata Tunku Ismail.

sumber:BH