Safawi mahu tunjuk kehebatan jari-jemari pula

KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini penye rang kebangsaan, Safawi Rasid menggervnkan law@n  dengan rembatan padu kakinya, namun kali ini penye rang Johor Darul Ta’zim itu akan menunjukkan ‘kehebatan’ jari-jemarinya. Pemain berusia 23 tahun itu akan mewakili Malaysia pada Piala Stay and Play eNations Persekutuan Bolasepak Antarabangsa FIFA bersama seorang lagi pemain bola sepak elektronik negara, Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan.

Kejohanan itu bermula hari ini sehingga Sabtu ini yang berlangsung dari kediaman masing-masing memandangkan seluruh dunia sedang berdepan pandemik C0VID-19 selain kerajaan melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sehingga 28 April ini. Menerusi laman Persatuan Bolasepak Malaysia , Safawi jelas begitu bersemangat dan teruja bertanding pada kejohanan elektronik itu dan turut melakukan persediaan rapi menjelang pertandingan terbabit. “Dalam tempoh PKP, bukan sahaja saya menjalani latihan fizikal di rumah tetapi saya juga mengasah kemahiran FIFA20.

Saya akan mewakili Malaysia bersama Wan Muhammad Hakimm Wan Narizan dalam pertandingan antarabangsa. Saksikan dan sokonglah kami pada kejohanan ini.Kami akan pastikan untuk membawa pulang gelaran juara ke Malaysia, katanya. Bagi perlawnan Zon Timur, Malaysia diletakkan dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Taiwan manakala Kumpulan B pula menampilkan Singapura, Australia dan New Zealand.