Safawi Gembira Campur Sedih

Sepang: Tonggak sayap Harimau Malaya, Safawi Rasid terbang ke Portugal bagi menyertai kelab utama Liga Premier, Portimonense SC.

Safawi, 23, berhijrah secara pinjaman selama semusim dengan kelab utama Portugal itu.

Jelas pemain Johor Darul Ta’zim itu, dia sangat gembira dan tidak sabar untuk melebarkan sayap ke Eropah.

Saya sangat gembira kerana peluang ini datang sekali seumur hidup, pengalaman ini tidak boleh dibeli dengan wang dan ini perpindahan akan saya ingat sampai bila-bila, katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur , malam ini.

Safawi tengah mencium ibunya Salemah Abu Bakar, 56 dan Bapanya Rasid Sulong 68, di balai pelepasan KLIA.Safawi tengah mencium ibunya Salemah Abu Bakar, 56 dan Bapanya Rasid Sulong 68, di balai pelepasan KLIA.

Dia yang ditemani ahli keluarganya di KLIA menaiki pesawat British Airways ke London sebelum meneruskan perjalanan ke Porto, Portugal yang dijangka tiba jam 12 tengahari waktu tempatan atau jam 7 petang waktu Malaysia.

Safawi bakal dijemput oleh ejennya dan akan menjalani tempoh kuarantin selama 14 hari di sana.

Untuk rekod, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu muncul pemain kedua negara yang ber@ksi di liga utama Eropah selepas penyrang muda sensasi, Luqman Hakim Shamsuddin menyertai KV Kortrijk di Belgium, Ogos lalu.

sumber:HM