Safawi, Akhyar Dan Sumareh Boleh Ikut Jejak Luqman

PEMILIK KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan mungkin boleh mempertimbangkan merekrvt beberapa pemain senior negara untuk diberikan peluang menunjukkan bakat dan bermain di kelab tersebut.

Pandangan itu disuarakan bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali selepas Vincent menyatakan kesudian untuk membawa lebih ramai pemain negara menyertai kelab Belgium itu pada masa depan.

Menurut Khalid, beliau melihat pemain seperti Safawi Rasid, Mohamadou Sumareh dan Akhyar Rashid mempunyai potensi untuk menyinar di pentas Eropah selain bakat kesemua mereka sudah terbukti dalam kancah Liga Malaysia.

Bagi saya ada empat atau lima orang yang mungkin boleh diteliti oleh Tan Sri Vincent dibawa bermain di Eropah. Pemain seperti Safawi, Sumareh dan Akhyar ini sudah tentu mereka nak pergi cuma belum dapat peluang lagi.

“Mungkin mereka boleh diberi peluang bermain dalam enam bulan atau setahun. Kalau tak mampu, boleh panggil balik. Sekurang-kurangnya mereka tetap dapat pengalaman apatah lagi usia mereka juga masih muda sekitar 21 hingga 25 tahun,” katanya.

Terdahulu, penyrang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mencipta sejarah menjadi pemain pertama negara beraksi di liga utama Eropah selepas memeterai kontrak lima tahun bersama Kortrijk yang mana sekali gus membuka peluang lebih ramai pemain negara untuk turut sama diketengahkan di Eropah.

Mengulas lanjut, kata Khalid, pendedahan yang diberikan kepada pemain-pemain tersebut secara tidak langsung akan turut memberikan nilai tambah p0sitif buat skuad kebangsaan.

“Para pemain juga tak bolehlah ada mentaliti hanya mahu bermain di negara ini. Kalau bermain dalam liga tempatan sahaja, 10 tahun pun tetap macam tu juga. Pergilah cuba nasib di negara lain,” kata bekas pemain kebangsaan itu.