Sabah Bertandang Dengan Penuh Gaya Bertemu JDT

Sabah jelas sekali mahu memastikan pemain bebas daripada risiko dijangkiti C0-v!d 19 apabila mereka akan menggunakan pesawat yang disewa khas untuk bertandang ke Stadium Sultan Ibrahim bertemu Johor Darul Ta’zim esok.

Ketua Jurulatih Sabah Kurniawan Dwi Yulianto berkata, walaupun ketika ini k3s C0-v!d-19 di Sabah menunjukkan peningkatan, namun pihaknya tidak bercadang meminta penangguhan bagi perlawnan terbabit.

Beliau berkata, pemainnya juga patuh dengan arahan untuk mengurangkan sebarang aktiviti di luar rumah susulan peningkatan k3s yang mendadak di bahagian timur Sabah.Semuanya masih berada dalam keadaan baik setakat ini buat pasukan Sabah dan tiada pemain kami dijangk!ti C0-v!d-19 malah kami sendiri ada melakukan langkah pematuhan pr0sedur oper@si standard yang ketat dalam kalangan pemain.

Sebelum kami berangkat, kami sudah melakukan ujian swab pada Isnin dan keputusannya, semua pemain neg@t!f C0-v!d-19 dan kami lakukan sekali lagi sebaik kami sampai di sini.Saya juga mahu ucapkan terima kasih dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan oleh tuan rumah iaitu JDT, katanya.

Situasi itu berbeza dengan pasukan Melaka yang menghantar permohonan kepada Liga Bolasepak Malaysia untuk meminta penangguhan kerana sedang menjalani proses kuarant!n selepas pulang dari Sabah yang bermula 28 September lalu sehingga hari ini.

Situasi itu membuatkan MFL menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya MFL, Datuk Ab Ghani Hassan, mengumumkan @ksi Kedah dan Melaka yang berlangsung pada Jumaat ini di Stadium Darul Aman, terpaksa ditangguhkan kepada Ahad.

Dalam pada itu, Kurniawan menjelaskan situasi pasukannya tidak terjejas dengan perlu melalui banyak prosedur ujian calitan kerana masih boleh menjalani latihan pada setiap hari dan bersedia memberikan tent@ngan seng!t kepada JDT yang semakin hampir bergelar juara Liga Super buat kali ketujuh berturut-turut.

sumber:HM