Rupanya Ini Income sampingan Pemain Kedah

Bekas pemain kebangsaan, Fakhri Saarani kini dilihat mula mencari alternatif untuk menambahkan pendapatan sampingan melalui aktiviti sebagai seorang ‘trader’ dibawah tunjuk ajar Tuan Jamil Bararom .Perkara itu mula disedari apabila gambar Fakhri Saarani yang dimuat naik dalam channel Telegram TJ, mula tersebar dikalangan peminat bola sepak di Malaysia.Mungkin ini adalah salah satu dari pilihan yang mempunyai potensi bagi mengembangkan lagi pendapatan mereka ketika keadaan bola sepak Malaysia pun banyak terpalit isu kewangan yang serius oleh beberapa pasukan dimana para pemain adalah pihak yang merasai impak yang amat teruk.

photo_2020-05-16_17-11-34

Selain itu, dilaporkan juga bukan sahaja Fakhri Saarani tetapi pemain pasukan Kedah FA iaitu Rizal Ghazali dan juga Baddrol Bakhtiar juga turut melibatan diri sebagai ‘trader’ lebih awal lagi berdasarkan gambar yang dimuat naik.

Ada juga beberapa maklumat yang diterima mengatakan bahawa ada ramai lagi pemain-pemain bola sepak profesional di Malaysia sudah mula menggunakan kemampuan kewangan mereka untuk ‘memberanakkan’ lagi pendapatan yang mungkin akan menjadi bekalan masa depan.